Google Form & QR Code
8 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 7 Jun 2024, NADI Parit Othman telah mengadakan satu lagi kelas perniagaan. Kelas kali ini memfokuskan dua topik iaitu membuat Kod QR dan borang dalam talian dengan mengunakan Google.
Online Google Form dilihat dapat membantu peniaga dalam mengumpulkan data-data tertentu daripada target responden. Para peniaga boleh mengunakannya sebagai borang tempahan pelanggan, ataupun sebagai medium mendapat maklum balas servis yang telah ditawarkan. Kelas kali ini mengajar peserta untuk membina sendiri borang online mereka dan menerangkan satu persatu ciri-ciri yang ada didalam Google form ini. Kami juga menerangkan cara untuk mengatur thempletenya untuk menjadikan borang tersebut lebih menarik dan mengikuti seperti yang dimahukan. Setelah itu, kelas diteruskan dengan sesi pembelajaran mencipta Kod QR dengan mengunakan Aplikasi Canva.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: